Wednesday, January 13, 2010

pelan startegik UMP

Bagi memastikan hala tuju UMP yang jelas maka Pelan Strategik UMP 2002-2007 telah dibangunkan dengan tema ‘Meletakkan Asas Universiti Teknikal’

Pelan Strategik UMP 2002-2007 memfokuskan kepada aspek pembangunan fizikal universiti bagi membolehkannya melaksanakan fungsi sebagai sebuah universiti berfokus iaitu dalam bidang industri kimia, petrokimia dan sumber asli serta industri pembuatan dan proses. Bagi memastikan tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan maka universiti pada waktu tersebut menekankan kepada usaha untuk melengkapkan perkara-perkara asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebuah universiti yang baharu, UMP telah berusaha untuk mencari kelainan dan keistimewaan bagi menarik perhatian masyarakat awam. Antara pendekatan yang dipelopori oleh UMP sepanjang tahun 2002-2007 adalah konsep wireless campus, one student one notebook, soft skills, 90% peratus staf mendapat kemudahan notebook, paperless, Integrated Management System (IMS) dan sebagainya. Pendekatan-pendekatan yang dipelopori oleh UMP tersebut telah berjaya meletakkan UMP pada landasan dan asas yang kukuh untuk beroperasi sebagai sebuah universiti teknikal. Antara kejayaan atau anugerah berprestij yang diperolehi oleh UMP sepanjang tahun 2002-2007 adalah seperti Anugerah ICT Perdana Menteri, MSC status company, APICTA, persijilan MS ISO 9001:2000 (Latihan Luaran) dan sebagainya. Kejayaan-kejayaan tersebut telah dapat meningkatkan imej UMP sebagai universiti yang baharu.


Sebagai kesinambungan kepada Pelan Strategik UMP 2002-2007 maka telah dilancarkan secara rasmi Pelan Strategik UMP 2008-2010 pada 1 Januari 2008 dengan tema ‘Memperkukuh Asas, Menjana Kecemerlangan’ (rujuk Rajah 1). Selari dengan tema tersebut maka pelan tindakan yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik UMP 2008-2010 adalah menjurus kepada aspek memperkukuhkan asas yang telah dilakukan sepanjang tahun 2002-2007. Asas sebagai sebuah universiti teknikal perlu sentiasa diperkukuhkan bagi memastikan UMP sentiasa relevan dengan perkembangan semasa sejajar dengan tuntutan perubahan yang sentiasa pesat dan pantas dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Pihak pengurusan universiti menyedari bahawa kecemerlangan hanya akan dapat dicapai melalui penyediaan sumber-sumber yang mencukupi. Pendekatan-pendekatan yang telah diperkenalkan sepanjang tahun 2002-2007 telah sentiasa dinilai keberkesanannya. Pendekatan-pendekatan yang masih relevan telah diperkuatkan dengan menyuntik idea, tenaga dan dana tambahan bagi memastikan ianya dapat terus digunakan dengan lebih efektif dan efisyen. Manakala beberapa pendekatan yang didapati tidak lagi bersesuaian dan relevan telah digantikan dengan pendekatan atau kaedah baru yang lebih cekap dan responsif.


p/s: sbg kesedaran bersama..kite bukan belajar saje2..tp kite ada matlamat.yang kita sendiri xsedar sebenarnya.tahu nk main jer.bangga la dengan ape y kita ada.dan berusaha la tuk kepentingan bersama...

No comments: