Monday, January 17, 2011

dia

tetiba hati merintih sepi
keliru merapu tentang apa yang di pikiri
aku kabur aku akur dengan jodoh dan pertemuan itu
membuatkan aku sentiasa sujud syukur terhadap MU

terima kasih Tuhan kerana telah mempertemukan aku dengan dia
terima kasih yang tidak terhingga

dia hanya seorang lelaki biasa
telah banyak menghulurkan jasa
tidak ku pandang rupa dan juga harta
aku tulus menyayangi dia

dia rela menjadi badut yang sedang tertawa
dia juga rela menjadi boneka yang setia
tanpa dia kisah apa orang kata
dia menghiburkan aku sentiasa
deras menyeka air mata sang dara
walau setitis mahupun dua
menyakat manja perkara biasa

dia lah kawan
dia juga lawan
tanpa dia aku kesepian
dan tanpa dia juga aku kebosanan
kerna hanya dia yang bisa menjadi teman
teman sepanjang zaman

aku pula hanya wanita biasa
tiada berupa tiada berharta
yang ada hanya cinta
cinta khusus untuk si dia

tidak ku suka cemburu buta
tidak ku suka berprasangka
kelak entah esok atau lusa
kau siapa dan aku siapa

di ikat rapi janji yang di buat
di simpul mati janji yang di ikat
tidak ku sangka dia setia
sumpah sampai mati yang aku sayang hanya dia...



sekian,
nukilan dari sang dara
untuk siapa???
untuk si teruna yang jauh di mata...



p/s:bila budak engin cuba berpuisi..jadila macam nih..atoiii











2 comments:

aurox_3d said...

uit2...fuiyoooooo, nak nangessssss niiii.....kamu ni, sker r wat2 ayat sedih...tensyen r camni...nak balik kuantan malam ni gakkkkkkkk....tssskkkk


p/s: thanxxx !!!!

Norain Yusof said...

balikkkkk laaaaa..
kamu da lame xbalik...
namo jumpe kite da ker???
huhuhuhuhu


p/s:kasih kamu da lame dah kiter time..hehehe